Thursday, November 18, 2010

PENGORBANAN SEORANG SAUDARA BARU

Salam..

Hari ini sama seperti biasa.Melalui hari yang semakin suram dalam hidup saya. Kini saya dimata kasar keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja adalah seorang gadis yang sentiasa tersenyum. Namun, disebalik senyuman ini ada jiwa yang menangis. Ada jiwa yang suram. Ada jiwa yang menangis.Ada jiwa yang sangat terluka.

Argh..tapi itu bukan persoalannya. Saya cuma ingin berkongsi sedikit coretan rasa kekaguman saya terhadap seorang saudara baru ini.Petang tadi kalau ada yang menonton siaran TV3, dikisahkan perjalanan hidup seorang saudara baru,argh saya lupa nama beliau.:) Alhamdulillah..semakin bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w.Saya sangat mengagumi semangat beliau.Sanggup meninggalkan keluarga demi mencari jalan kebenaran.Sanggup berlapar selama seminggu kerana kekangan duit.Sanggup merantau jauh demi mencari ilmu.Nyata, PENGORBANAN kejalan ALLAH tidak akan pernah sia-sia.Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya kebenaran yang dicari telah beliau temui.

Saya juga mengharapkan suatu hari nanti, saya mampu tersenyum kerana KEBAHAGIAAN yang dinanti-nanti selam ini telah saya perolehi.Amin...



4 comments: