Friday, November 19, 2010

SABAR

Salam...

Hari ni hanya post sedikit peringatan untuk diri sendiri dan juga yang sudi membaca...:)

Imam AL-Ghazali pernah berkata bahawa SABAR itu ada 3:
  1. Sabar dalam melaksanakan perintah ALLAH
  2. Sabar dalam meninggalkan maksiat
  3. Sabar dalam menghadapi kesusahan
Erm..sejauh mana nilai KESABARAN ada dalam diri kita?Tepuk dada tanya IMAN..

Walllahu a'lam...

Thursday, November 18, 2010

PENGORBANAN SEORANG SAUDARA BARU

Salam..

Hari ini sama seperti biasa.Melalui hari yang semakin suram dalam hidup saya. Kini saya dimata kasar keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja adalah seorang gadis yang sentiasa tersenyum. Namun, disebalik senyuman ini ada jiwa yang menangis. Ada jiwa yang suram. Ada jiwa yang menangis.Ada jiwa yang sangat terluka.

Argh..tapi itu bukan persoalannya. Saya cuma ingin berkongsi sedikit coretan rasa kekaguman saya terhadap seorang saudara baru ini.Petang tadi kalau ada yang menonton siaran TV3, dikisahkan perjalanan hidup seorang saudara baru,argh saya lupa nama beliau.:) Alhamdulillah..semakin bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w.Saya sangat mengagumi semangat beliau.Sanggup meninggalkan keluarga demi mencari jalan kebenaran.Sanggup berlapar selama seminggu kerana kekangan duit.Sanggup merantau jauh demi mencari ilmu.Nyata, PENGORBANAN kejalan ALLAH tidak akan pernah sia-sia.Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya kebenaran yang dicari telah beliau temui.

Saya juga mengharapkan suatu hari nanti, saya mampu tersenyum kerana KEBAHAGIAAN yang dinanti-nanti selam ini telah saya perolehi.Amin...



Tuesday, November 16, 2010

INI MASANYA...


Aassalamualaikum w.b.t...

Ini lah masa yang sesuai untuk saya kembali menulis. Kebetulan pulak hari ni jatuh pada HARI RAYA AIDILADHA...erm sebelum tu,selamat menyambut hari raya korban pada semua ya. Ok lah, oleh kerana hari ni seluruh umat islam didunia sedang meraikan hari raya korban, dah tentulah kt bukak je TV, radio ke,mesti tak lain tak bukan cakap pasal PENGORBANAN. Bermula dari sejarah Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk menyembelih anaknda tercinta Nabi Ismail hinggalah pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan oleh umat-umat Islam akhir zaman ni.


Bagi diriku sendiri, adakah hati ini cukup kuat seperti srikandi-srikandi terdahulu?Jiwa,harta, malah nyawa diperjuangkan demi menegakkan Agama ALLAH. Disaat ini, pengorbanan aku sebagai seorang anak dituntut oleh ayahnda dan ibunda tercinta. Sungguh..hati ini lebih rela diuji dengan ujian duniawi lain selain dari harus memilih antara KASIH IBU DAN AYAH dengan CINTAKU TERHADAP ILMU ALLAH.

Aku memerlukan restu dari ibu dan ayahku agar restu dari YANG ESA menyusuliku. Perjalanan ini terasa amat berat. Kadang langkahku semakin perlahan, hati ini makin layu, jiwa makin tidak terasa bahagia malah hidupku sendiri hilang makna.Cita-citaku tinggi, setinggi langit ciptaan ALLAH,sebesar ombak di lautan. MENGALAH??? Adakah ini kesudahan impian ku?Adakah ini titik nokhtah usahaku?Atau adakah ini sudah suratanku di Luh Mahfuz?

" La yazuquha illa man zaaqaha " - Al-Syahid Syed Qutb
Seseorang itu tidak dapat menikmati sesuatu kelazatan kecuali setelah dia sendiri merasakannya ...


Akan kukuatkan langkah ini demi CINTAKU...